Thursday, May 28, 2009

0 Makalah Sejarah Internet

Internet berasal dari pada istilah Internet working yang bermaksud ‘sistem komunikasi antara rangkaian’. Internet membolehkan komunikasi dua hala dan pertukaran maklumat secara bebas berlaku. Ia merupakan jalinan rangkaian yang terbesar di dunia yang menghubungkan rangkaian komputer yang berselerak di serata dunia dikenali sebagai hos yang membekalkan berbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada penggunanya. Komputer bukanlah internet, ia hanya sekadar alat yang menyalurkan dan memungkinkan komunikasi terlaksana. Jalinan internet terlaksana menerusi panduan bersama yang dikenali sebagai protokol. Protokol yang digunakan untuk komunikasi dan penghantaran data ialah Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).

Download

0 comments:

Post a Comment

 

Universitasku Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates